Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4104

MEE KOLOK

$
0
0

 Assalamualaikum...

SAMBUNG cerita .. mula nak makan lontong, lepas tu nak makan mee kolok,  tapi balik asal, makan lontong,  tu sebabnya, bila sampai depan kedai, nampak banyak note ditampal, 'BUNGKUS SAHAJA'😓.. jadinya kami pun makan Lontong.

Sambil makan pun dok teringat laaa dengan mee kolok, haha. Dahlah setahu Sk, kalau nak bungkus mee kolok, kena bawa bekas sendiri. Kami ni, satu bekas pun tak ada. Agaknya sebab nak sangat makan, Iman kata, dia nak cuba tengok kalau sekarang, dah disediakan bekas untuk bungkus 😆


Mee Kolok paling femes di JB. Buat sementara ni, mereka cuma buka jualan untuk bungkus sahaja dan dah ada bekas untuk bungkusan disediakan dengan caj RM1. Tapi kalau anda nak makan di sini jugak, dibenarkan dengan syarat sudah lengkap vaksin. Konsepnya ala-ala Yah Kuchai 18 Puasa, beli bungkus, makan sini 😂😂😂😂😂. Kalau nak bawa mangkuk  dan sudu garfu sendiri, pun boleh. Lepas makan, bawa balik mangkuk tu, jangan lupa 🤭
Ya..  sebab mereka tak nak ambil risiko kongsi mangkuk dan sudu garfu sesama pelanggan.


Jadinya, tadi dah sarapan lontong, lepas tu bungkus mee kolok untuk lunch.  Harga RM6+RM1=RM7
Okeylah hari ni tukar selera makan tengahari. Asyik makan nasi lauk ayam kantin Kak Sab pun bosan jugak, huhuhu.

Lain kali, nak bawa mangkuk sendiri pergi makan mee kolok 😜




Viewing all articles
Browse latest Browse all 4104