Quantcast
Channel: Alam Sari Di Tanah Jauhar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4102

JJCM KE PASAR MALAM

$
0
0

 Assalamualaikum...

BILA pasar malam dah dibuka, Pak Inche antara yang paling seronok. Sebelum singgah ke pasar malam, akan ditanya nak makan apa. Biasanya Sk cakap, Sk tak nak apa-apa, sebabnya nanti, dengan makanan yang kita minta beli, tambah pula dengan makanan pilihan hati dia 😆😆😆😆😆


Laksa Ombak Rindu
Gerai ini menjual dua jenis laksa sahaja iaitu Laksa Johor dan Laksa Penang. Memang sesuailah untuk pasangan kutub utara kutub selatan macam kami ni. Terus tuang kuah dalam bekas ni dan makan. Ada ke yang cuci dan simpan bekas macam ni? Sk ikut keadaan, kalau kurang berminyak, Sk akan cuci dan simpan. Nanti kalau beli sotong ke, udang ke, atau nak pek beku makanan dalam portion kecil, kita guna dia. Kalau berminyak sangat, campak jer dalam tong sampah. 


Beli jagung bakar. Berapa harga jagung bakar seketul sekarang? Lupa pulak nak tanya.


Kuih kegenaran Pak Inche. Setiap kali ke pasar malam, kuih ni wajib dibawa pulang iaitu lepat pisang dan gendang kasturi. 


Yang ini pula kegemaran Iman, taufufa atau kami panggil tauhu cedok. Sampai rumah masuk peti ais, makan sejuk-sejuk.


Pelan potong dalam satu bekas empat segi tepat. Penuh dalam tu. Dua hari makan baru habis. Pencecahnya colek dan serbuk asam, cicahlah ikut citarasa.


Tak jumpa orang jual nasi, jadinya mereka ke Panare Village, kedai tomyam dekat dalam taman. Nasi Daging Merah untuk Pak Inche dan Nasi Ayam Paprik untuk Iman. Dalam bungkus kertas lilin tu, telur dadar, hahaha. Maaf, lupa pulak nak buka ambil gambar 🤭






Viewing all articles
Browse latest Browse all 4102